[TERKINI] Syed Saddiq didapati bersalah tuduhan pecah amanah, salah guna harta, ubah wang haram

2023-11-09 4

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Free Traffic Exchange